u folo me..sure i folo u .....

Showing posts with label Teratak Nurani. Show all posts
Showing posts with label Teratak Nurani. Show all posts

Saturday, July 27, 2013

Celoteh 169:Projek D.I.Y–Anjung Nurani

 

Dah hampir 7 bulan Induk x berceloteh di sini.Walaupun blog ini sering Induk kunjungi tapi entah kenapa semangat hendak menekan2 papan kekunci hilang sama sekali.Alasannya..malas..busy dan yg pasti jiwa dan semangat yg terganggu di atas pemergian insan2 yg disayangi.

Dan hari ini..ada sesuatu yang ingin Induk kongsi..Projek D.I.Y ke 4 kami. Projek D.I.Y ke 3 belum sempat Induk post di sini..tungguuu & layan ya..

DSC_1081

Ini projek D.I.Y terkini kami..Alhamdullilah..sempat siap sebelum raya..hi..hi..tqvm to Mr. Asben kerana bertungkus lumus menyiapkan impian Induk ini..

DSC_1075

Dari sliding door tepi rumah..kami buat pelantar arah keluar dalam 10 kaki panjang dan 10 kaki lebar..

DSC_1076

Kami buka pagar dan tumpang sekaki rizab jalan kat tepi rumah nie..( kes Belanda bg tanah nie..hi..hi..)Sebenarnya dah penuh kawasan kat tepi rumah nie Induk tanam dengan pelbagai pokok dan bunga-bungaan.

DSC_1086

Anjung dah siap..memang seronok sangat dok lepak kat tepi nie..di kelilingi pokok2 dan gantungan orkid2 Induk. Walau apa pun rupanya..Induk bangga dengan hasil Projek D.I.Y kami ini..sekali lagi TQVM Mr. Asben..my RZEK..

Friday, May 4, 2012

Celoteh 151:Laman Nurani …Arca Kayu Hanyut

 

Hi…see u again…lama rasanya Induk menyepi…ada orang kata..SEPI ITU INDAH !!!!! huh…mengarutlah weiiiiiii….okeh…lupakan segala ketidakpuasan hati…keserabutan…kejengkelan….& layan kayu2 yang Induk pi pungut kat sungai belakang rumah Induk..kayu2 nie akan Induk jadikan arca…ha..ha..arca sangat la tu …sebenarnya kayu2 nie Induk pungut untuk Induk jadikan tempat sebahagian koleksi orkid Induk…so..layannnnnn….

 

DSC_1844

DSC_1845

DSC_1846

DSC_1847

Monday, April 2, 2012

Celoteh 150: Teratak Nurani-Ziarah Hujung Minggu

 

Entri kali nie sebenarnya lebih kepada anak-anak buah & sedara mara Induk yang berada di perantauan..ada yang rindu nak dengar cerita dari kampung.. so apalagi layannn…Pic yang kat bawah nie adalah antara beberapa episode yang dilalui pada hujung minggu lalu…

DSC_1231

Tiga beranak nie ..Wan Rahmah..Bonda Kiah & Pak Kori sedang berceloteh..Wan Rahmah & Pak Kori datang ke rumah melawat bonda Induk..Induk yang jadi pemerhati kadang2 sayu..sedih..& kadang2 tersenyum dengan gelagat dia orang..

DSC_1228

Sempat Induk mengusik dia orang ..posing2..nak masuk blog nih!!he..he..pic yang kat atas..wan yg seringkali ingat2 lupa dan suka bertanya berulangkali…dia dok dengar orang berbual..& alih2 dia dok tanya kat Induk..”Apo ceghito omak kau ngan pak kori ekau tu..eden tak paham laa…eeee..wan nie..kan ko wan yg duduk berbughak sekali ngan dia orang..jawab Induk…ontah!!! x paham den apo bughak eh dooo…he..he..setakat nie..alhamdullilah wan kesayangan Induk nie masih sihat walaupun kita orang terpaksa bercerita dan menjawab pertanyaan dia berkali-kali…

DSC_1229

Bonda Kiah @ mak long …seperti biasa..kadang2 sihat..kadang2 x berapa nak sihat..bila adik2 dia datang melawat…ada ketikanya dia menangis teresak2 ..mungkin rindu nak berkumpul dan berbual dengan adik beradik dia…& baru2 nie bila seorang dari adik dia kembali ke rahmatullah..berhari2 dia menangis kesedihan…hu..hu.

DSC_1230

Pak Kori…pada kunjungannya kali ini memberi nasihat yang agak menyentuh perasaan..katanya..baru2 nie bila dia pergi mendengar ceramah dari seorang Tuan Sheikh…perkara yg paling afdal dalam bab ziarah..adalah menziarahi saudara mara & adik beradik..jangan buat sibuk hal sendiri saja..isk!isk! kene sebijik Induk kali nie..Pak Kori yang telah beberapa kali menjalani rawatan kemo kerana disahkan mengidap kanser..kelihatan sihat dan agak tabah…

Sebenarnya agak sukar untuk bercerita panjang berkaitan entry kali ini..buat saudara mara & anak2 buah diperantauan..jangan risau2..teruskan perjuangan..doa kami tetap untuk kalian semua…

Juga..Al Fatihah untuk semua yg terlebih dahulu meninggalkan kita…

Saturday, March 31, 2012

Celoteh 149 : Teratak Nurani - 3 jiwa 3 citarasa

 

Kadang-kadang tersenyum sendiri melihat ragam2 penghuni Teratak Nurani kami nie…penghuni nyer tidak lah seramai mana…

DSC_1148

Penghuni yang seorang nie tersangat minat dengan xtvt outdoor dia…xtvt masuk keluar hutan & beskal dia…sape lai..Mr.Asben laa..

DSC_1153

Penghuni kedua…tersangat leka dengan orkid & novel dia…he..he..nak tau sapa???si Mama@Induk laaa..

DSC_1154

Penghuni ketiga…tersangat xtreme dengan muzik dia.kadang-kadang bunyi gitar & drum dia teramat menyesakkan telinga & dada Induk..hu..hu...sapa lagi…the only one anak bujang kami..

Mmmmm….ada ketikanya..kami satukan semua minat nie dan dilaksanakan bersama-sama..walaupun kekadang masing-masing macam x berapa nak minat..demi membina sebuah keluarga bahagia..layan jer laaa…he..he..Syukur Alhamdullilah kerana Allah menyatukan kami dalam kebahagiaan..& moga kebahagiaan ini terus berpanjangan…amin..

Wednesday, March 28, 2012

Celoteh 146 : Projek D.I.Y–Pagar Kayu Resak

 

DSC_6537

Ini salah satu projek DIY di Teratak Nurani…he..he..buat sendiri aje..hasil kerja Mr. Asben & my son. Induk pun terlibat gak dalam projek nie..tukang buat air dan dok hulur-hulur apa yang patut..

DSC_6543

Idea nie timbul bila Induk & Mr. Asben hantar abah pergi beli kayu pagar kebun dia kat kedai hardware.. bila dia dok pilih2..kita org pun dok sama memilih sekali..Pada asal nyer Induk amat berminat untuk buat pagar dari kayu slipper keretapi..tapi tak ade rezeki..kayu tu susah nak dpt skrg nie..Induk pernah tanya kat satu nursery..dia nak jual RM 80 sebatang..isk..isk..so niat Induk tu..diabaikan…!!!

DSC_6548

Kayu resak nie kami beli dengan harga RM 5.50 sekeping..pada asalnya yg bulat tu..bentuk dia tajam..so Induk minta Mr. Asben jadikan dia bulat & untuk licin dan kemas..kena ketam kayu nie..

DSC_6551

Lastly…yeah…siap dalam masa tak sampai seminggu..pagar nie bahagian tepi rumah..jadi kira okey sangatlah..orang2 yg lalu lalang kat jalan ..dah x berapa nampak Induk masak kat belakang dapur tu..he..he..& skrg nie..dok memujuk si bujang Induk untuk cat pagar nie dengan warna kayu..Nak tau apa jawapan dia…x payah cat la mama oiiii…elok la macam tu…biar nampak nuetral…!!!!! hu..hu..nampak gaya bila free2 nanti..kena la si mama nie yg dok mengecat…adeiii….Apa2 pun..tqvm to Mr. Asben & my son…

Monday, February 7, 2011

Celoteh 107 : MANGSA Pecah Rumah….

 

 

 

DSC_1717

Adeiiii…nak tunjuk sikit kat korang nie…rumah sapa nie yaaa…nampak gayanya umah nie jadi mangsa geng PECAH RUMAH….habis sume dipecah dek dia orang nie…mesti ribu riban rugi nih!!!!!

 

DSC_1716

Tak puas hati betul la Induk…dah ada dinding elok2..dia org nih dok pecahkan dinding nie…huh!!!cam ne nak buat nie????kene wat report polis nampak gaye nyer nih!!!

 

DSC_1720

 

Alamak !!!!!!!!..ruang dapur pun kene pecah jugak????apa keje dia orang ni haaaaaaaaaa……nak kene tembak ngan Induk nie…

 

          DSC_1726DSC_1727 

 

Wei Mamat!!!!!kau dah pecah rumah aku nie…pas tu kau betulkan dan buat elok2 balik tau….kalau aku x puas hati…aku saman ko!!!!he..he…melalut sudah Induk nie….kisah selanjutnya tentang MANGSA Pecah rumah nie..tungguuuuuuuu……!!!!