u folo me..sure i folo u .....
Saturday, February 12, 2011
Celoteh 112 : MUBARAK letak jawatan
KAHERAH: Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa kepada pihak tentera, kata Naib Presiden, Omar Suleiman dalam kenyataan ringkas yang disiarkan menerusi televisyen.
dan berita selanjutnya... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Mubarakletakjawatan/Article/
chow dulu...nak bermesra dengan "Laman Nurani" Induk pagi nie..coz semalam ada beli pokok Kemuning...& Harum Sundal Malam...mmm..x sabar nak tunggu pokok nie berbunga...sure wangi punyaaaaa....
Tuesday, February 8, 2011
Celoteh 109 : MANGSA MANUSIA MACAM SETAN !!!
Huh !!! perasaan marah Induk bergelora pagi nie ketika Induk menikmati
sarapan pagi di satu tempat..(rahsia ekk..waktu keje x leh kuar minum..marah
gomen nt ..) Sambil menunggu si akak Indon buat nes ais …Induk dok belek
Harian METRO yg dah sedia ada kat meja yg Induk duduk…tergamam
seketika & seram sejuk bila menatap berita nie…sapa lah punya angkara nie…
memang betul2 SETAN dia orang nie…moga mereka2 nie mendapat balasan
segera dan setimpal…
Sungguh menyayat hati apabila seorang wanita yang dipercayai menjadi
mangsa rogol dan belasahan ditinggalkan dalam keadaan koma di
persimpangan lampu isyarat di Pekan Lukut, Port Dickson, petang Jumaat lalu.
Mangsa berusia 20-an dipercayai warga tempatan hingga kini masih kritikal
dan bergantung alat bantuan pernafasan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban
(HTJS) selepas dirujuk dari Hospital Port Dickson (HPD).
Ketika ditemui kira-kira jam 6.35 petang Jumaat lalu, mangsa tidak memiliki
identiti pengenalan diri, sekali gus menyukarkan polis untuk mengesan
warisnya.
Berita selanjutnya…korang boleh layari link yg tertera di bawah nie..tq Harian METRo..
http://www.hmetro.com.my/articles/Campakmangsarogoltepijalan/Article
Monday, February 7, 2011
Celoteh 108 : TQVM Kerajaan Malaysia…misi berjaya.
Dalam N3 semalam..>>N3 106 Induk ada cerita yg anak buah Induk akan balik ke My melalui penerbangan pertama tajaan Kerajaan Malaysia…& jugak “kefrustan” ( marah cikgu BM nih!!) coz x dapat nak menyambut kepulangan dia kat KLIA pagi tadi…Alih2..dah rezeki Induk agak nyer…”mr asben” dpt menyelesaikan tugasan penting dia dan lepas tu kita org berkejar ke KLIA….( x sanggup dia tgok Induk bisu kot..merajuk konon x dapek poie KLIA..he..he..)
Dengan kelajuan 130 ke 140…kita orang sempat sampai dlm masa lebih kurang 1 jam…( kok ada saman pas ni..tanggung la kan!!) dan puas sesangat hati Induk dapat menyambut kepulangan anak buah Induk nie…haa..tgok pic kat atas tu…senyuman Induk tu..melambangkan kegembiraan dan kepuasan hati Induk…( tq Mr.Asben ) heh..heh…heh..
Kepulangan dia orang nie jugak disambut oleh PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beserta kenamaan yg lain…meriah banget dia orang nie kena sambut…untung la student2 nie..rasa nyer Kompleks Bunga Raya tu..untuk kenamaan2 saja…he..he..& dapat pulang ke My dengan tambang free lagi..sekali lagi TQVM Kerajaan Malaysia…wakaka…!!!!
Sempat jugak kita orang dok melepak kat tepi khemah yang disediakan dan mendengar serba sedikit perkhabaran yg di bawa oleh anak buah Induk nie…& sibuk dia ajak balik cepat coz dah beberapa hari x dapat nak rehat…yg pasti tersenyum lebar ialah Kak Long & Bang Long yg x sabar2 menanti kepulangan anak bujang dia nie…
Sebelum balik … sume nak enterpremmmmmm….ambik gamba ramai2..” mr. asben” terpaksa dok dalam kete..coz parking penuh gilosss…
And pic yang kat atas nie..suasana student2 & ahli keluarga yg datang menjemput utk bawak dia org pulang…dan beserta dengan pemberita2 dari akhbar dan tv yg sibuk menemuramah student dan ibu bapa yg hadir…Entah apa lah yg dicakap dek Bang Long Induk bila dia kene temuramah tadi…!!!
Mmm..yg dok mencangkung bawah pokok nie…si Atuk ( ayah Induk ) yang dok menghabis kan curut dia sebelum kami meneruskan perjalanan pulang..he..he..( puas hati ler tu..dpt jemput cucu kesayangan dia…)
Sampai jer kat rumah kakak Induk..dah menunggu pulak si Wan ( mak Induk) yg dah x sabar2 nak memeluk dan mencium cucu dia sambil meraung sakan(ha..ha..x sompek nak turun kereta laie nih !! ) & x semena2 anak buah Induk nie ditaburkan dengan beras kunyit…he..he…SYUKUR ALHAMDULLILAH…welcome back Piji….& Selamat Bercuti….
Wednesday, February 2, 2011
Celoteh 104 : Krisis Mesir - AirAsia sedia pesawat bawa pulang rakyat Malaysia dari Jeddah
ALHAMDULLILAH….Induk percaya..mulai petang tadi..sume ahli keluarga yg
mempunyai kaum kerabat di Mesir mula berasa lega…(walaupun masih
berdebar2 @cemas menanti ahli keluarga masing2)..Line internet & phone
pun dah ok..bila Induk buka fb tadi…dah boleh on9 dengan anak buah
Induk..dan berita mutakhir dari SUMBER BERNAMA nie membuatkan Induk
agak teruja…dengan kerjasama sykt penerbangan AIR ASIA ..MAS..TUDM ..
mungkin proses membawa rakyat Malysia keluar dari Mesir akan bertambah
lancar …Insya”allah..
SEPANG: Syarikat penerbangan AirAsia akan menyediakan pesawat A340 dan A330 bagi membawa pulang warga Malaysia ke tanah air dari Jeddah, Arab Saudi.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Kamaruddin Meranun, berkata setiap pesawat boleh memuatkan kira-kira 300 penumpang pada satu-satu masa.
"Syarikat penerbangan itu juga telah menyediakan pesawat A320 dengan kapasiti 180 penumpang sebagai 'shuttle' dari Kaherah ke Jeddah," katanya.
Kamaruddin berkata, pesawat A320 akan berulang alik selama empat kali sehari bagi memindahkan warga Malaysia ke Jeddah, tempat transit sementara sebelum warga Malaysia dibawa pulang ke tanah air.
Kamaruddin bercakap kepada media sebelum berlepas ke Mesir dengan menaiki pesawat A320 itu bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail; dan Ketua Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Terdapat lebih 11,000 warga Malaysia di Mesir yang rata-ratanya adalah penuntut kini dilaporkan terperangkap berikutan pergolakan yang sedang berlaku di negara itu.
Nak tau lebih lanjut…korang layari
Celoteh 102 : Terimakasih “SQUAD PERHUBUNGAN SEMENTARA MESIR-MALAYSIA”
Induk rasa amat terharu dengan kesungguhan “SQUAD PERHUBUNGAN SEMENTARA MESIR-MALAYSIA” nie..Syabas dan tahniah untuk korang semua…secara sukarela je dia orang nie…korang boleh layari blog nie untuk mendapat info@berita terkini berkaitan nasib pelajar kita di Mesir … http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/
Niat murni dia orang nie amat Induk kagumi…antaranya :
1. Memberi maklumat terus (direct) kepada rakyat Malaysia berkenaan keadaan
rakyat dan pelajar kita di Mesir.
2. Menjadi jambatan (bridge) dalam perhubungan antara rakyat kita di sana
dengan tanah air.
3. Membantu pihak kerajaan terutamanya Kedutaan Besar Malaysia Kaherah
(KBMK) dalam mengumpulkan maklumat pelajar Mesir yang telah selamat
sampai di Malaysia.
4. Kemaskini tentang maklumat pengajian di universiti dan keadaan
keseluruhan di Mesir.
Dan..antara info terkini yg Induk dapat dari blog nie adalah….kenyataan akhbar yg kat bawah nie…(induk copy coz ada anak2 buah induk yg terlibat )
1. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil maklum, prihatin serta
bersimpati dengan keadaan sukar dan situasi getir yang dihadapi oleh para
pelajar Malaysia yang kini berada di Republik Arab Mesir, selepas hari
kesembilan berlakunya demonstrasi dan rusuhan oleh rakyat Mesir di sana.
2. Untuk makluman semua, mengikut rekod pihak Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia, di Mesir kini terdapat seramai 11,319 orang pelajar Malaysia
yang sedang melanjutkan pengajian di republik tersebut. Jumlah ini
termasuklah seramai 5,184 orang pelajar perubatan dan 6,135 orang pelajar
yang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang pengajian Islam.
3. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui pejabat Jabatan Penuntut
Malaysia (JPM) Kaherah sebelum ini telah melakukan hebahan nasihat
keselamatan kepada semua pelajar agar mereka dapat menjauhkan diri
daripada terlibat dengan aktiviti rusuhan dan demonstrasi oleh rakyat Mesir. Di
samping itu juga, nasihat serta siaran hebahan telah diberikan kepada semua
pelajar agar mereka sentiasa dan dapat mematuhi arahan keselamatan
termasuklah arahan perintah berkurung (curfew) pada masa-masa yang
ditetapkan. Selain daripada itu, semua pelajar Malaysia juga dinasihatkan agar
dapat membuat persediaan penyimpanan makanan yang secukupnya bagi
menghadapi saat-saat sukar di sana.
4. Sejak keadaan rusuhan kian meruncing serta tahap keselamatan pelajar
Malaysia menjadi semakin membimbangkan, pihak JPM Kaherah telah
memulakan usaha menempatkan para pelajar Malaysia dalam kumpulan yang
lebih besar di beberapa tempat utama termasuklah di Dewan Malaysia
Abbasiah Kaherah serta beberapa rumah negeri yang terdapat di sana.
Langkah ini bertujuan untuk memastikan keselamatan para pelajar agar lebih
terjamin, selain bagi memastikan perhubungan komunikasi antara mereka
tidak terputus. Di samping itu juga, ketika berada di luar arahan perintah
berkurung (curfew), pegawai-pegawai JPM Kaherah akan mengadakan
kunjungan ke rumah-rumah pelajar Malaysia di sana bagi meninjau keadaan
serta situasi pelajar Malaysia yang lain. Pegawai-pegawai JPM Kaherah
seterusnya akan menyediakan laporan keadaan terkini kepada pihak
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di Putrajaya. Buat masa ini, seramai
lebih 7,000 orang pelajar telah dapat dihubungi dan diketahui keadaan
mereka. Alhamdullilah, kesemua mereka kini berada dalam keadaan
selamat dan terkawal tanpa mengalami apa-apa kecederaan dan tidak ada
sebarang kematian yang melibatkan mereka. Langkah ini akan terus
dilakukan sehinggalah kesemua nasib dan keadaan pelajar Malaysia di sana
dapat diketahui.
5. Sementara itu, bagi memudahkan ibu bapa dan keluarga para pelajar untuk
mendapatkan status serta kedudukan terkini mengenai anak-anak serta ahli
keluarga mereka di Mesir, mereka bolehlah menghubungi pegawai-pegawai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia seperti di bawah:-
1) Yang Berbahagia Prof Dr Rujhan Mustafa
Pemangu Ketua Pengarah
Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
No. Telefon : +6019 – 270 8222
E-mel : mrujhan@mohe.gov.my
2) Yang Berusaha Dr Syed Alwee Shekh Alsagoff
Pengarah Bahagian Pemasaran Pendidikan
Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
No telefon : +6019 – 752 0672
E-mel : alwee@mohe.gov.my
3) Encik Jamalulail Bin Abu Bakar
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit Jabatan Penuntut Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
No telefon : +6012 – 931 6172
E-mel : jamalulail@mohe.gov.my
6. Seperti mana yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd
Najib Tun Abdul Razak telah umumkan semalam (1 Februari 2011), Kerajaan
Malaysia telah bersetuju untuk melakukan operasi menyelamatkan pelajar dan
rakyat Malaysia di Republik Arab Mesir melalui udara dan juga laut. Pelajar dan
rakyat Malaysia akan di bawa ke Jeddah, Arab Saudi bagi mendapatkan
bantuan perlindungan serta tempat yang lebih selamat di Arab Saudi.
Sehubungan dengan itu, kerjasama dan jasa baik daripada semua pihak
amatlah diharapkan bagi memastikan urusan pemindahan berjalan dengan
lancar dan sentiasa berada dalam keadaan selamat.
7. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada ketika ini telah
dimaklumkan mengenai pengumuman cuti oleh beberapa buah universiti
utama di sana. Cairo University menetapkan cuti selama 3 bulan; Universiti Al-
Azhar selama 1 tahun; manakala Ain Shams University menetapkan cuti
selama 6 bulan.
8. Pada ketika ini, pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sentiasa
berhubung dan mendapatkan nasihat daripada pihak Majlis Keselamatan
Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri untuk tindakan-tindakan selanjutnya
diambil. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi juga sentiasa berhubung dengan
pihak Kementerian Luar, Wisma Putra, Kementerian Pertahanan dan beberapa
agensi keselamatan lain bagi mendapatkan maklumat lengkap dan situasi
terkini mengenai keadaan pelajar Malaysia di Mesir.
Disediakan oleh:-
Pejabat YB Menteri Pengajian Tinggi
Putrajaya
2 Februari 2011
Catatan Induk :
Baru sebentar tadi dpt menghubungi anak buah Induk setelah berkali2
mencuba….yg pasti..setakat nie dia org selamat di penginapan masing2…
sebelum nie..Pak Arab yg angkat…dan setelah mendengar
suaranya..alhamdullilah…ada sedikit perasaan lega…walaupun x
sepenuhnya..hu..hu.. & terimakasih x terhingga juga atas usaha “SQUAD
PERHUBUNGAN SEMENTARA MESIR-MALAYSIA” nie…
ex : Ketua : Azizi Al Fahri Timbalan : Nurul Nadia Md Zin Setiausaha: Azhar
Hamzah , Aina Sakinah ,& Akmal Aziz . Nak tahu lebih lanjut lagi..korang
layari blog yg Induk dah letakkan URL dia kat atas tu..
Celoteh 101 : Selamatkan Rakyat Malaysia di Mesir -Gerakan sepadu laut, udara
Kemelut di Mesir masih belum berakhir…keluarga kami dilanda kerisauan berganda kerana ada dua orang ahli keluarga kami disana…bagaimanalah keadaan mereka agak nya…walaupun petang semalam Induk dapat berbual dengan anak buah Induk melalui telefon & menyatakan yg mereka selamat…tapi perasaan cemas itu tetap tidak dpt dielakkan….. dan berita dibawah ini agak melegakan walaupun tindakan itu Induk rasa terlalu lambat….
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.
“Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar kita dari Mesir,” katanya kepada BERNAMA di sini, malam tadi.
Antara langkah berkenaan ialah meminta kapal Bunga Mas 5, iaitu sebuah kapal serba guna yang dikawal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, untuk belayar ke Pelabuhan Adabiyah yang terletak kira-kira dua jam setengah perjalanan dari selatan Kaherah, bagi membawa keluar pelajar berkenaan.
“Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiyah pada 5 Februari (Sabtu ini). Ia dapat memuatkan kira-kira 500 pelajar kita,” katanya.
Najib juga berkata, beliau sudah berunding dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk meminta Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia bagi melakukan penerbangan khas ke Kaherah untuk membawa keluar pelajar Malaysia.
Berita selanjutnya.. layari
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gerakansepadulaut_udara/Article
Komen :
Syukur kerana negara mempunyai kerajaan yang prihatin terhadap rakyat walau dalam apa jua situasi. Induk amat menghargai usaha dan menaruh kepercayaan penuh kerajaan dapat melaksanakan amanah untuk mengeluarkan mereka dari kemelut ini dengan kadar segera. Terima kasih PM dan semua yang terlibat…
Celoteh 100 : Pelajar Malaysia di Mesir akan dibawa keluar ikut udara, laut: PM
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam ini berkata kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu bertambah meruncing. – BERNAMA
Tuesday, February 1, 2011
Celoteh 99 : ( TERKINI ) Kebangkitan Mesir @ Kekalutan Masyarakat Sejagat..
Piji & Ain
Kerisauan melanda keluarga kami…Anak buah Induk (Piji ) & sepupu Induk ( Ain ) kini berada di bumi Mesir kerana melanjutkan pelajaran…sorang dalam bidang Tahfiz & sorang lagi dalam jurusan kedoktoran…Krisis yang melanda Mesir benar2 membuatkan kami risau…bertalu2 telefon dipanjangkan ke anak buah induk utk bertanya khabar dan mendapatkan berita terkini..…kalau lihat berita TV…sumber internet..kat facebook… adeiiiiiii….terasa ngeri la pulakkkk….
Jadi..untuk meredakan keresahan kami sekeluarga….kami berkumpul di ruang perpustakaan keluarga induk…bersama-sama memanjatkan doa…membaca yassin beramai-ramai agar semua yg ada di sana selamat & kemelut tersebut selesai dengan segera…doa dan harapan…agar Piji & Ain serta pelajar2 yg lain selamat dan dilindungi Allah….
Dan….ibu Induk….setiap hari menangis…teringatkan cucu kesayangan…dan dalam minggu ini..bertalu2 panggilan ke bumi Mesir dibuat…& alhamdullilah setakat ini..kami masih dapat menghubungi anak buah Induk nie…bagi pelajar2 tajaan kerajaan Negeri Sembilan….mereka sekarang berada di Rumah Negeri Sembilan…dan menurut anak buah Induk…setakat ini..keadaan masih terkawal walaupun jelas kedengaran bunyi dentuman di sana sini..
Untuk Piji & Ain….take care…& Induk @ family sentiasa mendoakan keselamatan korang…insyallah..
Celoteh 98 :[Terkini] Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak
Ini berita yg Induk copy & paste dari seorang rakan blogger…bukan
apa..tapi terpanggil untuk share cerita nie dengan blogger lain dan kerana
kat sana jugak ada anak buah & sepupu Induk yg sedang melanjutkan
pelajaran…hopes dia orang selamat…sama2 kita doa ya ..
http://ariffshah.com/krisis-mesir-keadaan-sebenar-pelajar-malaysia
Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa
sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan
aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan
keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff
yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-
kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim
sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana
selama.
Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di
negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut
menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang
bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar
tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar
Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku
rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang
sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan
mengeluarkan rakyat kita dari sana.
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.comPlease let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
So what can you do now?
- Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
- Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
- Share this on Facebook.
Thursday, January 27, 2011
Celoteh 96 : Makin Ramai Mati..
pic : trendsupdates.com
PUTRAJAYA: Gejala demam denggi di seluruh negara semakin menuntut kerjasama orang ramai bagi memeranginya apabila kadar kes demam denggi semakin meningkat selari dengan peningkatan kes yang membabitkan kematian pada tahun lalu.
Kebimbangan itu dibuktikan dengan peningkatan kes demam denggi dari 46,171 kes membabitkan 134 kematian pada tahun lalu berbanding 41,486 kes dengan 88 kematian pada 2009 Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin , berkata peningkatan jumlah kes dan tambahan 46 kematian pada tahun lalu memang membimbangkan.
Beliau berkata, berdasarkan perangkaan, 10 negeri turut mencatatkan peningkatan kes kematian pada tahun lalu dan ia membabitkan Kelantan sebanyak 10 kematian; Johor (9), Melaka dan Sarawak (7) dan Pulau Pinang (6).
“Bukan itu saja, Kedah, Perak, Pahang dan Terengganu meningkat tiga kematian diikuti Negeri Sembilan satu kematian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pertandingan Anti-Aedes Renjer Ridsect peringkat sekolah Wilayah Persekutuan, Selangor dan Johor di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 14 (1), di sini, semalam.
Pertandingan itu membabitkan peserta dari 100 sekolah menengah yang ditugaskan melakukan pemeriksaan terhadap 100,000 rumah di tempat mereka di samping menasihati orang ramai mengenai bahaya nyamuk aedes.
“Bagi kematian kes denggi pula, sebanyak 15 daripada 134 kematian membabitkan pelajar iaitu tujuh kematian membabitkan pelajar sekolah menengah dan lapan kematian bagi pelajar sekolah rendah,” katanya.
(http://www.hmetro.com.my/articles/Makinramaimati_/Article)
Komen :
Semakin kerap buat kempen Denggi…semakin bertambah pulak angka kematian yaa….susah jugak kan nak memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya Denggi nie..tapi kan..kekadang bila dia orang buat semburan tu..Induk rasa makin banyak pulak nyamuk yang keluar …. mmm..apa pendapat korang????
Tuesday, January 18, 2011
Celoteh 92 : Sistem Pengurusan Sekolah (SPS )
Wewittttttttttttt…..Selamat Datang ke Sistem Pengurusan Sekolah……Induk sekarang dok layan SPS nie…dlm bilik yg agak selesa & sejuk gilosssss …Rasa nak bawak selimut jer masuk dlm bilik nie…geng2 sebelah dah bising..apa sejuk sangat nie weiiiiiiii…..mana remote aircond…ha..ha..& ada menber sebelah Induk nie..sejuk2 pun ..aikkkkk dah lelap dahhhhhhh…
Untuk makluman korang….layan kenyataan nie…”School Management System or Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) is one of the core applications in ENOV8 Education Program, E-SEKOLAH. It manages the entire school information in a unified/centralised relational database management system for ease of management and control by school administrator.
A very important aspect of SPS is its ability to leverage and integrate with existing disparate information systems used in school such as Sistem Maklumat Murid - SMM, Sistem Analisa Peperiksaan - SAP and Sistem Disiplin Murid - SSDM.
One of the major issues faced by the existing information systems is data inconsistency/mismatch due to errors caused by multiple data entry involving multiple databases. The problem is totally eliminated with the use of a single database in SPS. ‘
Sebenarnya hasrat Kementerian Pelajaran nie amat baik coz …sistem ni untuk memudahkan para guru dan pihak pengurusan dalam melakukan kerja harian di sekolah.., disamping meningkatkan penggunaan dan pengetahuan para murid dalam bidang ICT…laaa….ada ke guru2 yg BUTA ICT lagi kerrr….???
mmmm…ni pulak…Key highlights of SPS:
>>>> Improve management and dissemination of school information
>>>>Automate/ simplify workflow processes to reduce non-productive administrative tasks
>>>>Centralise documentation and report generation
>>>>Promote data re-usability help eliminate frequent data entry/re-entry
Sistem nie sebenarnya kalau x silap Induk dah dilaksanakan ke 88 buah sekolah bestari seluruh Malaysia…dan mungkin akan meluas ke semua sekolah di seluruh Malaysia….pada Induk..sistem nie memang la elok..tapi bila Induk p jenguk2 kat sekolah…ada gak rakan2 guru yg dok merungut…mcm2 sistem di bagi…LMS laa…I-Nilam laa..IQPSS laa..Emis la..Think Quest laa…sume tu nak kena isi data pelajar yg bukan sikit2 anakkkk…& tertanya2 gak…sapa yg nak buat ni yaaa….he..he…sorry la kengkawan….buat lah mana yg terdaya…..okey…check it out…..!!!!!
Friday, December 24, 2010
Celoteh 79:Anugerah Skrin 2010
Malam nie rasa macam boring sesangat… belek2 pic dalam lappy nie
sambil menonton Anugerah Skrin…
Hasil nyer pic Induk yg kat atas tu adalah jelingan Induk kat kaca tv
depan Induk nie…agak terpegun Induk melihat keayuan si Erma
Fatima yang bertudung…tersangat ayu dan manis sekali….begitu
juga dengan Hjh Ziela Jalil…nampak anggun jugak dengan tudung
dan baju ala2 kelawar dia tu…ya la kan…nama nyer artis….kalau x
cantik bukan artis nama nyer…..
Ada jugak yg buat Induk lemas dan rimas malam nie…apabila ada
penerima anugerah yang naik pentas dengan gaun sendat dan
singkat…adeiiiiii…apa perasan dia orang yer….kedengaran riuh
rendah penonton bersorak…sempat jugak Pak Aziz Satar mengusik
si Sharifah Amani…walaupun bergaun labuh tapi terbelah panjang di
belakang….he..he..macam2 ragam kan!!!!! x terlepas juga pandangan
Induk utk primadona kesayangan Induk…si Erra
Fazira….mmmmmmmm…dari dulu rakan2 & hubby Induk tau yg
Induk teruja sangat dengan si Erra nie….cantik, anggun &
cute….he..he…
Oww yer….terlanjur sebut artis nie…Induk nak enterpremmm sket….pic2
Induk bersama dia orang nih…kalo korang rasa x nak tengok….tutup jer
la skrin lappy or pc tu ngan tapak tangan tu yaaaaaa…..!!!!!and sebelum
tu syabas & tahniah wat pemenang Anugerah Skrin 2010
Me, Fahrin & Hattan
Me, Kak Azie & Nasha
Tuesday, July 13, 2010
Celoteh 66 : Kakitangan Awam Curi Tulang….
TERINGIN sangat hati penulis hendak bersarapan nasi kerabu. Pilihan terbaik ialah kedai Kak Mah Nasi Dagang, Sungai Merab di pintu belakang Putrajaya yang terletak berhampiran dengan rumah di Bangi. Seperti biasa pengunjungnya ramai, setiap meja dipenuhi pelanggan termasuk pegawai dan kakitangan kerajaan berdasarkan jaket 'korporat' yang dipakai dan tag nama yang jelas terpapar nama-nama agensi atau kementerian masing-masing.
Jam hampir menginjak ke pukul 10 pagi, mereka masih lagi rancak berborak, sambil menghirup teh tarik yang sudah sejuk dan sesekali menyedut asap rokok. Sesuatu yang pasti mereka ini sudah berada di kedai ini seawal pukul 9 pagi.
Apabila penulis bergerak untuk membayar kira-kira pukul 9.50 pagi, langsung tidak kelihatan mereka akan bangun dan kembali ke pejabat masing-masing.
Soalannya, tidak bekerjakah mereka atau sudah siap semua kerja yang diamanahkan? Berapa jam sebenarnya mereka ini bekerja dalam sehari, jika ditolak masa terbuang semasa bersarapan dan makan tengah hari.
Adilkah perbuatan ini? Mereka mendapat gaji yang sudah semestinya daripada duit rakyat, berbanding dengan kakitangan lain yang tekun bekerja seperti guru yang memulakan tugas seawal 7.30 pagi dan akan habis pada sebelah petang jika tidak ditambah dengan aktiviti kokurikulum atau kerja-kerja perkeranian.
Selain itu, saban tahun, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan berjuang untuk meminta bonus dan kenaikan gaji. Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga berkali-kali mendambakan perkhidmatan terbaik kelas pertama daripada penjawat awam.
Tetapi pada masa sama masih terdapat segelintir yang seolah-olah sekadar menumpang dan mengambil kesempatan daripada nikmat yang dilimpahkan kerajaan. Oleh itu, jangan hanya kerana segelintir atau kerana nila setitik akan menyebabkan seluruh sektor awam dipandang serong.
Beberapa tahun lepas, masih segar diingatan penulis teguran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan terhadap segelintir penjawat awam yang sanggup memandu hingga ke Nilai atau Port Dickson dari Seremban hanya semata-mata untuk bersarapan atas alasan makanan di tempat berkenaan lebih lazat.
Apa salahnya sesekali pihak-pihak berkuasa dalam sektor awam ini turun padang dan membuat kunjungan 'hormat' ke restoran-restoran yang mempunyai rating tinggi bagi melihat sendiri perangai anak-anak buah mereka.
Kerja iaitu mencari rezeki halal adalah ibadah yang akan diperhitungkan soal dosa pahala di akhirat. Dalam mengerjakan ibadah tiada istilah jalan pintas semuanya wajib dilakukan mengikut turutan atau rukun.
Berkatkah rezeki yang diperoleh jika jalan pintas diamalkan? Bagaimana hukumnya pendapatan yang dituai pada hujung bulan itu diberi makan kepada anak-anak dan untuk saraan keluarga?
Malah pada padang mahsyar nanti, segala perbuatan kita akan dihisab dan dipertontonkan kepada umum, mulut akan terkatup rapat, anggota badan pula yang akan mengambil peranan menjelaskan setiap apa yang dilakukan oleh tuan punya badan, walaupun sekecil zarah sekalipun.
Timbang-timbangkanlah hidup di dunia hanya sementara sebelum meneruskan perjalanan abadi ke akhirat.
Sumber:
TARMIZI ABDUL RAHIM
pengarang@utusan.com.my
Ulasan Induk :
mmm…tak tahu nak komen apa…tapi artikel nie menarik perhatian Induk…memang ada ternampak kakitangan awam yg biasa nyer berjaket korporat di restoren & kedai2 makan time kerja..tp Induk berfikiran positif…kekadang dia orang nie ada kerja luar…time tu..singgah makan kot…or…memang ada yg sengaja curi tulang!!! Lu pikir ler sendiri….!!!!!
Saturday, July 3, 2010
Celoteh 65 : Aksi Berahi Budak Tadika !!!
Menurut sumber polis, kejadian memalukan itu berlaku Ahad lalu di sebuah pangsapuri di Ampang di sini, apabila kedua-dua kanak-kanak yang layak digelar budak tabika itu ditinggalkan di bawah jagaan nenek mereka.
Pada kira-kira jam 5 petang, ibu seorang daripada kanak-kanak terbabit yang baru pulang dari pasar raya diberitahu adik perempuannya anaknya sudah pandai melakukan aksi dan perbuatan lucah bersama sepupunya.
“Wanita itu terkejut dengan kata-kata adiknya dan pada masa sama, dia sendiri terdengar bunyi mengghairahkan dari dalam bilik sebelum bergegas membuka pintu,” katanya.
Menurut sumber itu, sejurus membuka pintu, ibu kanak-kanak terbabit terperanjat apabila mendapati anaknya yang baru berusia lima tahun sedang tidur sambil berpelukan dan bercium dengan sepupunya yang berusia empat tahun dalam keadaan mengghairahkan.
“Melihat aksi menjijikkan dua kanak-kanak terbabit, ibunya memarahi dan bertanyakan anaknya siapa mengajar kelakuan tidak bermoral itu. Anaknya memberitahu semua perlakuan itu dipelajarinya daripada seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang juga anak jiran mereka,” katanya.
Sumber : Metro online
Ulasan Induk:
Adeii....apa nak jadi la sekarang nie...nampak gayanya ibubapa hendaklah sentiasa memantau aktiviti anak2 dari masa ke semasa...x kira masih kecil or dah besar panjang...berita nie mengingatkan Induk kepada satu peristiwa di mana anak murid Induk ketika tu hampir2 bercium (lelaki@lelai)ketika Induk sedang mengajar...Induk yg terperanjat terus bertempik sekuat2 hati..dan membuatkan dia dan pelajar lain turut tergamam...setelah kami siasat..rupanya kedua pelajar nie telah melihat cd yg x sepatutnya dirumah mereka...korang nak tau...cd tu kepunyaan emak ayah mereka...Induk punya geram...rasa nak p lempang jer emak&ayah dia.....isk! isk...x senonoh betulll!!!!
Friday, July 2, 2010
Celoteh 64: Murahnya nyawa anda!!!!!

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki menemui ajal di tangan adiknya sendiri akibat ditikam berkali-kali dengan pisau serta dipukul menggunakan objek keras sehingga otaknya bersepai selepas kedua-dua mereka bertengkar disebabkan bil elektrik rumah didiami bersama tertunggak mencecah RM2,000.
Amir Khan Abdullah, 53, ditemui terbaring dalam bilik tengah rumahnya di Kampung Laksamana, Gombak di sini, dalam keadaan berlumuran darah serta kesan tikaman pada badan, kira-kira jam 9.45 pagi semalam.
Difahamkan, perbalahan mangsa yang tinggal bersama adiknya itu sejak 10 tahun lalu dan tidak memiliki pekerjaan berlaku kira-kira jam 4 pagi berpunca daripada bil elektrik yang tertunggak menyebabkan bekalan elektrik di rumah itu hampir dipotong.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada adik mangsa, namun sebaik tiba di lokasi, mangsa sudah meninggal dunia.
“Polis menemui mangsa di atas tilam di bilik tengah dengan berseluar pendek dan tidak memakai baju manakala kepalanya ditutup bantal.
“Siasatan mendapati mangsa ditikam tujuh kali di kepala, tiga di dada serta dihentak menggunakan objek tumpul dan keras di muka sehingga menyebabkan otak mangsa bersepai dengan kesan darah terpercik pada dinding,” katanya.
Menurutnya, siasatan turut menemui sebilah pisau sepanjang 31 sentimeter di bawah tilam dalam bilik suspek.
“Pada mulanya adik mangsa mendakwa hanya menyedari abangnya dibunuh kira-kira jam 9 pagi dan tidak mendengar sebarang bunyi pergaduhan kerana tertidur. Dia mendakwa, sebaik bangun dari tidur dia terperanjat melihat abangnya mati dan meminta tolong jiran menghubungi polis.
“Banyak kesan darah terpercik di dinding tempat mayat mangsa ditemui, mangsa dipercayai bergelut dengan seseorang sebelum dibunuh.
“Namun, polis percaya adik mangsa bertanggungjawab dalam jenayah ini selepas menemui sebilah pisau disembunyikan dalam biliknya. Berikutan itu, lelaki terbabit yang berusia 47 tahun ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Selain itu, kata Abdul Rahim, siasatan turut mendapati mangsa memiliki dua rekod jenayah berkaitan dadah dan curi manakala adik mangsa memiliki satu rekod jenayah berkaitan curi.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber : My Metro
Ulasan Induk :
alahai!!!!apa nak jadi sekarang nie ye...betapa murah nyer harga nyawa si Abang dan dimanakah nilai2 kasih sayang antara mereka...macam2 la sekarang nie...ngeri Induk bila baca berita nie...
Tuesday, June 29, 2010
Celoteh 63 : Pendidikan seks di sekolah awal Julai 2010??
PELABUHAN KLANG: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Kementerian Pelajaran menggerakkan projek perintis bagi program kesihatan reproduktif melalui kokurikulum di sekolah, bermula awal bulan ini.
Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata program yang dilaksanakan menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu membabitkan lima sekolah terpilih iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu.
Katanya, ini berikutan kes kehamilan luar nikah membabitkan pelajar bawah umur semakin membimbangkan dan usaha membendung serta memberi pengetahuan mengenainya perlu dijalankan segera.
“Idea utamanya bukan menjadikan pendidikan kesihatan reproduktif ini satu subjek, tetapi satu modul kukuh di sekolah.”
“Masalah sosial tidak boleh diselesaikan secara mendadak dan ia memerlukan penyelesaian yang berterusan,” katanya selepas melancarkan Skuad Sayang dan Hari Keluarga Wanita Parlimen Klang di sini, semalam.
Mengenai Skuad Sayang Parlimen Klang, Shahrizat berkata, sambutan yang diterima daripada masyarakat setempat terhadap skuad itu amat menggalakkan khususnya pada peringkat akar umbi.
“Setiap komander skuad perlu memastikan setiap ahli menjalankan tugas dengan penuh disiplin dan berintegriti. Setiap kes diambil perlu ditangani sehingga ia selesai dan mendapatkan pembelaan secara tersusun,” katanya.
Beliau berkata, skuad berkenaan sedia membantu menyelesaikan masalah sosial dihadapi masyarakat dengan mengemukakannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar bantuan dapat digerakkan.
Sumber : Berita Harian Online
Ulasan Induk :
Mmmm...sudah bersediakah guru-guru untuk mengajar mata pelajaran nie..coz..masa Induk belajar subjek ni...lecturer Induk pun dok tersipu2 nak menerangkan kepada kami...so..kami student lanjut usia nie pun tersengih2 sendiri...he..he..kesian gak ngan lecturer & guru-guru...nak cari kaedah, teknik dan pendekatan yang sesuai untuk terangkan dekat student dia orang...
Celoteh 62 : KPM !!!Sila kaji tugas guru
KEMENTERIAN Pelajaran merujuk SMS DRAGONBALL:BHA14357 dalam rakan@bh 24 Mei lalu bertajuk pihak Kementerian Pelajaran turunlah ke sekolah dengan mengejut untuk melihat beban guru dan perangai pelajar.Bukan senang guru nak kawal. Kementerian Pelajaran mengucapkan terima kasih atas maklumat itu dan amat prihatin isu beban guru. Kementerian juga mewujudkan jawatankuasa khas mengkaji tugas berlebihan guru di seluruh negara supaya usaha menjana modal insan pada peringkat sekolah tidak terjejas.
Kementerian, khasnya Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) sering ke sekolah kerana tugas utamanya untuk memeriksa, melapor dan mengemukakan syor serta memberi strategi kepemimpinan kepada sekolah secara profesional.
Penaziran pula dilaksanakan secara pemeriksaan penuh, biasa, bertema, khas dan pemeriksaan tindak ikut serta pemeriksaan mengejut jika ada aduan.
Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah juga memantau perkembangan dan aktiviti sekolah secara rutin serta berterusan termasuk pemeriksaan mengejut.
Sumber :
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran.
Ulasan Induk :
Induk setuju dengan cadangan Dragonball tu…rasanya KPM boleh lihat dan merasai sendiri suasana di sekolah…kalau boleh lihat suasana tu..seawal2 nyer sebelum pelajar masuk gate sekolah lagi…kita boleh lihat perangai pelajar yang sempat menghabiskan rokok depan gate sekolah tanpa segan silu…yang bercanda dengan teman lelaki…dan yang datang lambat ke sekolah dengan penuh selamba….begitu juga sewaktu P&P dan ketika mereka balik dari sekolah…elok adakan pemerhatian dan pemantauan….mmm..x tau la apa nak jadi sekarang nie…cikgu2 penat memikirkan strategi untuk mengawal keadaan ini dan rasanya dah jadi macam malas nak tegur…tapi kalau dibiarkan berlarutan….hancur jadi nyer..kesian jugak kan…bukan senang utk menjana insan terbilang!!!
Tuesday, June 22, 2010
Celoteh 61 : The Apple Tree
Email nie Induk terima dari rakan lama Induk si Rafidah…so Induk nak kongsi ngan korang sume…korang hayati ler sendiri….terharu Induk bila baca story nie….tq Ida..
A story related to everyone of us !!!!
EVERYBODY HAS AN APPLE TREE IN LIFE.
AND ITS YOUR PARENTS!!
So, you see how important our parents are....the
sacrifices they have made for us...... we can never
deny it............!!!!!