u folo me..sure i folo u .....

Showing posts with label Gurindam. Show all posts
Showing posts with label Gurindam. Show all posts

Tuesday, May 4, 2010

Celoteh 38 : Peringatan untuk semua....

Induk memang berminat dengan ayat-ayat berbentuk gurindam macam nie...maknanya amat mendalam sekali...tersirat dari yang tersurat...


Ini gurindam pasal yang pertama:

Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang yang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang teperdaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah Ia dunia mudarat.


Gurindam ini adalah hasil karangan Raja Ali Haji yang masyhur. Sastrawan dan Pahlawan Nasional Indonesia dari Pulau Penyengat, Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia.

Wednesday, March 10, 2010

Celoteh 26 : Bilo induk mulo bergurindam...1

Gurindam nie sebenarnya induk ambil dari artikel akhbar Berita Minggu bertarikh 7 Mac 2010....memang menarik dan boleh dijadikan panduan dalam kehidupan...

Apbila banyak berkata-kata,
disitulah jalan masuk dusta.
Apabila banyak berlebih-lebihan suka.
itulah tanda hampirkan duka.
Apabila kita kurang siasat,
itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak dilatih,
jika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,
itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang yang banyak tidur,
sia-sia sahajalah umur.
Apabila mendengar akan khabar,
menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila mendengar akan aduan,
membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila perkataan yang lemah-lembut,
lekaslah segala orang mengikut.
Apabila perkataan yang amat kasar,
lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat benar,
tidak boleh orang berbuat onar.

Friday, February 12, 2010

Celoteh 23 : Sangka-sangka

Manusia hari ini suka bersangka - sangka
Ada sangkaan yang baik... ada sangkaan yang buruk...


Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk - nunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk dan buat suntikan 'botox'
Orang nampak ceria disangka membela


Mana tahu, yang diam itu kerana sedang berzikir kepada Allah...
Mana tahu, yang senyum itu kerana bersedekah...
Mana tahu, yang masam itu sedang mengenangkan dosa dan kesalahan...
Mana tahu, yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya...
Mana tahu, yang ceria itu kerana cergas pemikirannya...

Jauhi sikap bersangka - sangka kerana ia bakal merosakkan dan memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu yang dimakan api...

Sesuatu benda yang kita lihat, macam macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihat dan mentafsirnya

Wednesday, February 10, 2010

Celoteh 22 : ??????ado yg x kono ari nie.....

The Philosophy Oh Change

When you change your thinking
You change your belief
When you change your belief
You change your expectation
When you change your expectation
You change your attitude
When you change your attitude
You change your behaviour
When you change your behaviour
You change your performance
When you change your performance
You change your life