u folo me..sure i folo u .....

Thursday, January 27, 2011

Celoteh 96 : Makin Ramai Mati..

 

image

pic : trendsupdates.com

 

 

PUTRAJAYA: Gejala demam denggi di seluruh negara semakin menuntut kerjasama orang ramai bagi memeranginya apabila kadar kes demam denggi semakin meningkat selari dengan peningkatan kes yang membabitkan kematian pada tahun lalu.

Kebimbangan itu dibuktikan dengan peningkatan kes demam denggi dari 46,171 kes membabitkan 134 kematian pada tahun lalu berbanding 41,486 kes dengan 88 kematian pada 2009 Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin , berkata peningkatan jumlah kes dan tambahan 46 kematian pada tahun lalu memang membimbangkan.

Beliau berkata, berdasarkan perangkaan, 10 negeri turut mencatatkan peningkatan kes kematian pada tahun lalu dan ia membabitkan Kelantan sebanyak 10 kematian; Johor (9), Melaka dan Sarawak (7) dan Pulau Pinang (6).

“Bukan itu saja, Kedah, Perak, Pahang dan Terengganu meningkat tiga kematian diikuti Negeri Sembilan satu kematian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pertandingan Anti-Aedes Renjer Ridsect peringkat sekolah Wilayah Persekutuan, Selangor dan Johor di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 14 (1), di sini, semalam.

Pertandingan itu membabitkan peserta dari 100 sekolah menengah yang ditugaskan melakukan pemeriksaan terhadap 100,000 rumah di tempat mereka di samping menasihati orang ramai mengenai bahaya nyamuk aedes.

“Bagi kematian kes denggi pula, sebanyak 15 daripada 134 kematian membabitkan pelajar iaitu tujuh kematian membabitkan pelajar sekolah menengah dan lapan kematian bagi pelajar sekolah rendah,” katanya.

(http://www.hmetro.com.my/articles/Makinramaimati_/Article)

 

Komen :

Semakin kerap buat kempen Denggi…semakin bertambah pulak angka kematian yaa….susah jugak kan nak memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya Denggi nie..tapi kan..kekadang bila dia orang buat semburan tu..Induk rasa makin banyak pulak nyamuk yang keluar …. mmm..apa pendapat korang????