u folo me..sure i folo u .....

Wednesday, February 2, 2011

Celoteh 102 : Terimakasih “SQUAD PERHUBUNGAN SEMENTARA MESIR-MALAYSIA”

 

Induk rasa amat terharu dengan kesungguhan  “SQUAD PERHUBUNGAN SEMENTARA MESIR-MALAYSIA” nie..Syabas dan tahniah untuk korang semua…secara sukarela je dia orang nie…korang boleh layari blog nie untuk mendapat info@berita terkini berkaitan nasib pelajar kita di Mesir … http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

PrtScr capture 

Niat murni dia orang nie amat Induk kagumi…antaranya :

1. Memberi maklumat terus (direct) kepada rakyat Malaysia berkenaan keadaan

rakyat dan pelajar kita di Mesir.

2. Menjadi jambatan (bridge) dalam perhubungan antara rakyat kita di sana

dengan tanah air.

3. Membantu pihak kerajaan terutamanya Kedutaan Besar Malaysia Kaherah

(KBMK) dalam mengumpulkan maklumat pelajar Mesir yang telah selamat

sampai di Malaysia.

4. Kemaskini tentang maklumat pengajian di universiti dan keadaan

keseluruhan di Mesir.

 

Dan..antara info terkini yg Induk dapat dari blog nie adalah….kenyataan akhbar yg kat bawah nie…(induk copy coz ada anak2 buah induk yg terlibat )

PrtScr capture_2

 

1. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil maklum, prihatin serta

bersimpati dengan keadaan sukar dan situasi getir yang dihadapi oleh para

pelajar Malaysia yang kini berada di Republik Arab Mesir, selepas hari

kesembilan berlakunya demonstrasi dan rusuhan oleh rakyat Mesir di sana.

 

2. Untuk makluman semua, mengikut rekod pihak Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia, di Mesir kini terdapat seramai 11,319 orang pelajar Malaysia

yang sedang melanjutkan pengajian di republik tersebut. Jumlah ini

termasuklah seramai 5,184 orang pelajar perubatan dan 6,135 orang pelajar

yang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang pengajian Islam.

 

3. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui pejabat Jabatan Penuntut

Malaysia (JPM) Kaherah sebelum ini telah melakukan hebahan nasihat

keselamatan kepada semua pelajar agar mereka dapat menjauhkan diri

daripada terlibat dengan aktiviti rusuhan dan demonstrasi oleh rakyat Mesir. Di

samping itu juga, nasihat serta siaran hebahan telah diberikan kepada semua

pelajar agar mereka sentiasa dan dapat mematuhi arahan keselamatan

termasuklah arahan perintah berkurung (curfew) pada masa-masa yang

ditetapkan. Selain daripada itu, semua pelajar Malaysia juga dinasihatkan agar

dapat membuat persediaan penyimpanan makanan yang secukupnya bagi

menghadapi saat-saat sukar di sana.

 

4. Sejak keadaan rusuhan kian meruncing serta tahap keselamatan pelajar

Malaysia menjadi semakin membimbangkan, pihak JPM Kaherah telah

memulakan usaha menempatkan para pelajar Malaysia dalam kumpulan yang

lebih besar di beberapa tempat utama termasuklah di Dewan Malaysia

Abbasiah Kaherah serta beberapa rumah negeri yang terdapat di sana.

Langkah ini bertujuan untuk memastikan keselamatan para pelajar agar lebih

terjamin, selain bagi memastikan perhubungan komunikasi antara mereka

tidak terputus. Di samping itu juga, ketika berada di luar arahan perintah

berkurung (curfew), pegawai-pegawai JPM Kaherah akan mengadakan

kunjungan ke rumah-rumah pelajar Malaysia di sana bagi meninjau keadaan

serta situasi pelajar Malaysia yang lain. Pegawai-pegawai JPM Kaherah

seterusnya akan menyediakan laporan keadaan terkini kepada pihak

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di Putrajaya. Buat masa ini, seramai

lebih 7,000 orang pelajar telah dapat dihubungi dan diketahui keadaan

mereka. Alhamdullilah, kesemua mereka kini berada dalam keadaan

selamat dan terkawal tanpa mengalami apa-apa kecederaan dan tidak ada

sebarang kematian yang melibatkan mereka. Langkah ini akan terus

dilakukan sehinggalah kesemua nasib dan keadaan pelajar Malaysia di sana

dapat diketahui.

 

5. Sementara itu, bagi memudahkan ibu bapa dan keluarga para pelajar untuk

mendapatkan status serta kedudukan terkini mengenai anak-anak serta ahli

keluarga mereka di Mesir, mereka bolehlah menghubungi pegawai-pegawai

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia seperti di bawah:-

 

1) Yang Berbahagia Prof Dr Rujhan Mustafa

Pemangu Ketua Pengarah

Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia

No. Telefon : +6019 – 270 8222

E-mel : mrujhan@mohe.gov.my


2) Yang Berusaha Dr Syed Alwee Shekh Alsagoff

Pengarah Bahagian Pemasaran Pendidikan

Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia

No telefon : +6019 – 752 0672

E-mel : alwee@mohe.gov.my

3) Encik Jamalulail Bin Abu Bakar

Ketua Penolong Pengarah Kanan

Unit Jabatan Penuntut Malaysia

Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia

No telefon : +6012 – 931 6172

E-mel : jamalulail@mohe.gov.my

6. Seperti mana yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd

Najib Tun Abdul Razak telah umumkan semalam (1 Februari 2011), Kerajaan

Malaysia telah bersetuju untuk melakukan operasi menyelamatkan pelajar dan

rakyat Malaysia di Republik Arab Mesir melalui udara dan juga laut. Pelajar dan

rakyat Malaysia akan di bawa ke Jeddah, Arab Saudi bagi mendapatkan

bantuan perlindungan serta tempat yang lebih selamat di Arab Saudi.

Sehubungan dengan itu, kerjasama dan jasa baik daripada semua pihak

amatlah diharapkan bagi memastikan urusan pemindahan berjalan dengan

lancar dan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

 

7. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada ketika ini telah

dimaklumkan mengenai pengumuman cuti oleh beberapa buah universiti

utama di sana. Cairo University menetapkan cuti selama 3 bulan; Universiti Al-

Azhar selama 1 tahun; manakala Ain Shams University menetapkan cuti

selama 6 bulan.

 

8. Pada ketika ini, pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sentiasa

berhubung dan mendapatkan nasihat daripada pihak Majlis Keselamatan

Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri untuk tindakan-tindakan selanjutnya

diambil. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi juga sentiasa berhubung dengan

pihak Kementerian Luar, Wisma Putra, Kementerian Pertahanan dan beberapa

agensi keselamatan lain bagi mendapatkan maklumat lengkap dan situasi

terkini mengenai keadaan pelajar Malaysia di Mesir.

 

Disediakan oleh:-

Pejabat YB Menteri Pengajian Tinggi

Putrajaya

2 Februari 2011

 

Catatan Induk :

Baru sebentar tadi dpt menghubungi anak buah Induk setelah berkali2

mencuba….yg pasti..setakat nie dia org selamat di penginapan masing2…

sebelum nie..Pak Arab yg angkat…dan setelah mendengar

suaranya..alhamdullilah…ada sedikit perasaan lega…walaupun x

sepenuhnya..hu..hu.. & terimakasih x terhingga juga atas usaha “SQUAD

PERHUBUNGAN SEMENTARA MESIR-MALAYSIA” nie…

ex : Ketua : Azizi Al Fahri Timbalan : Nurul Nadia Md Zin Setiausaha: Azhar

Hamzah , Aina Sakinah ,& Akmal Aziz . Nak tahu lebih lanjut lagi..korang

layari blog yg Induk dah letakkan URL dia kat atas tu..

No comments: