u folo me..sure i folo u .....

Wednesday, February 2, 2011

Celoteh 101 : Selamatkan Rakyat Malaysia di Mesir -Gerakan sepadu laut, udara

 

Kemelut di Mesir masih belum berakhir…keluarga kami dilanda kerisauan berganda kerana ada dua orang ahli keluarga kami disana…bagaimanalah keadaan mereka agak nya…walaupun petang semalam Induk dapat berbual dengan anak buah Induk melalui telefon & menyatakan   yg mereka selamat…tapi perasaan cemas itu tetap tidak dpt dielakkan….. dan berita dibawah ini agak melegakan walaupun tindakan itu Induk rasa terlalu lambat….

image

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.

 

image

 

Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.

 

“Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar kita dari Mesir,” katanya kepada BERNAMA di sini, malam tadi.
Antara langkah berkenaan ialah meminta kapal Bunga Mas 5, iaitu sebuah kapal serba guna yang dikawal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, untuk belayar ke Pelabuhan Adabiyah yang terletak kira-kira dua jam setengah perjalanan dari selatan Kaherah, bagi membawa keluar pelajar berkenaan.


“Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiyah pada 5 Februari (Sabtu ini). Ia dapat memuatkan kira-kira 500 pelajar kita,” katanya.


Najib juga berkata, beliau sudah berunding dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk meminta Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia bagi melakukan penerbangan khas ke Kaherah untuk membawa keluar pelajar Malaysia.

Berita selanjutnya.. layari 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gerakansepadulaut_udara/Article

Komen :


Syukur kerana negara mempunyai kerajaan yang prihatin terhadap rakyat walau dalam apa jua situasi. Induk amat menghargai usaha dan menaruh kepercayaan penuh kerajaan dapat melaksanakan amanah untuk mengeluarkan mereka dari  kemelut ini dengan kadar segera. Terima kasih PM dan semua yang terlibat

2 comments:

CikSembang said...

sapa kak kt mesir tu

IndukDen said...

CS:anak buah akak..(anak klong)& sepupu ( anak pak kori)