u folo me..sure i folo u .....

Tuesday, June 29, 2010

Celoteh 63 : Pendidikan seks di sekolah awal Julai 2010??

PELABUHAN KLANG: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Kementerian Pelajaran menggerakkan projek perintis bagi program kesihatan reproduktif melalui kokurikulum di sekolah, bermula awal bulan ini.


Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata program yang dilaksanakan menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu membabitkan lima sekolah terpilih iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu.

Katanya, ini berikutan kes kehamilan luar nikah membabitkan pelajar bawah umur semakin membimbangkan dan usaha membendung serta memberi pengetahuan mengenainya perlu dijalankan segera.

“Idea utamanya bukan menjadikan pendidikan kesihatan reproduktif ini satu subjek, tetapi satu modul kukuh di sekolah.”


“Masalah sosial tidak boleh diselesaikan secara mendadak dan ia memerlukan penyelesaian yang berterusan,” katanya selepas melancarkan Skuad Sayang dan Hari Keluarga Wanita Parlimen Klang di sini, semalam.
Mengenai Skuad Sayang Parlimen Klang, Shahrizat berkata, sambutan yang diterima daripada masyarakat setempat terhadap skuad itu amat menggalakkan khususnya pada peringkat akar umbi.


“Setiap komander skuad perlu memastikan setiap ahli menjalankan tugas dengan penuh disiplin dan berintegriti. Setiap kes diambil perlu ditangani sehingga ia selesai dan mendapatkan pembelaan secara tersusun,” katanya.


Beliau berkata, skuad berkenaan sedia membantu menyelesaikan masalah sosial dihadapi masyarakat dengan mengemukakannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar bantuan dapat digerakkan.

 

Sumber : Berita Harian Online

 

Ulasan Induk :

Mmmm...sudah bersediakah guru-guru untuk mengajar mata pelajaran nie..coz..masa Induk belajar subjek ni...lecturer Induk pun dok tersipu2 nak menerangkan kepada kami...so..kami student lanjut usia nie pun tersengih2 sendiri...he..he..kesian gak ngan lecturer & guru-guru...nak cari kaedah, teknik dan pendekatan yang sesuai untuk terangkan dekat student dia orang...

No comments: