u folo me..sure i folo u .....

Tuesday, June 29, 2010

Celoteh 62 : KPM !!!Sila kaji tugas guru

KEMENTERIAN Pelajaran merujuk SMS DRAGONBALL:BHA14357 dalam rakan@bh 24 Mei lalu bertajuk pihak Kementerian Pelajaran turunlah ke sekolah dengan mengejut untuk melihat beban guru dan perangai pelajar.Bukan senang guru nak kawal. Kementerian Pelajaran mengucapkan terima kasih atas maklumat itu dan amat prihatin isu beban guru. Kementerian juga mewujudkan jawatankuasa khas mengkaji tugas berlebihan guru di seluruh negara supaya usaha menjana modal insan pada peringkat sekolah tidak terjejas.

 

Kementerian, khasnya Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) sering ke sekolah kerana tugas utamanya untuk memeriksa, melapor dan mengemukakan syor serta memberi strategi kepemimpinan kepada sekolah secara profesional.


Penaziran pula dilaksanakan secara pemeriksaan penuh, biasa, bertema, khas dan pemeriksaan tindak ikut serta pemeriksaan mengejut jika ada aduan.


Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah juga memantau perkembangan dan aktiviti sekolah secara rutin serta berterusan termasuk pemeriksaan mengejut.

 

Sumber :

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran.

 

Ulasan Induk :

Induk setuju dengan cadangan Dragonball tu…rasanya KPM boleh lihat dan merasai sendiri suasana di sekolah…kalau boleh lihat suasana tu..seawal2 nyer sebelum pelajar masuk gate sekolah lagi…kita boleh lihat perangai pelajar yang sempat menghabiskan rokok depan gate sekolah tanpa segan silu…yang bercanda dengan teman lelaki…dan yang datang lambat ke sekolah dengan penuh selamba….begitu juga sewaktu P&P dan ketika mereka balik dari sekolah…elok adakan pemerhatian dan pemantauan….mmm..x tau la apa nak jadi sekarang nie…cikgu2 penat memikirkan strategi untuk mengawal keadaan ini dan  rasanya dah jadi macam malas nak tegur…tapi kalau dibiarkan berlarutan….hancur jadi nyer..kesian jugak kan…bukan senang utk menjana insan terbilang!!!

No comments: