u folo me..sure i folo u .....

Monday, July 27, 2009

Celoteh 5 : Kehilangan Abadi

Sebenarnya tak tahu macam mana induk nak mulakan cerita nie..hari jumaat malam sabtu baru-baru ini induk telah kehilangan dua orang sepupu sekali gus...kehilangan yang induk rasa amat nyata kepada keluarga bapa saudara induk juga seluruh keluarga kami..kedua-dua sepupu induk ni..masih muda berusia 24 tahun dan 19 tahun...dan masih bujang lagi..jam 4 pagi induk dikejutkan oleh panggilan talipon dari anak buah induk...induk dah tau lum???apa dia??anak tok ngah meninggal...si a dan si f..accident ...kereta dia hancur langgar tembok...kata anak buah induk...dalam termanggu-manggu induk terjerit...innalillah...kesedihan melanda keluarga kami dan kunjungan demi kunjungan kami terima termasuk dari rakan-rakan sepupu induk yang telah meninggal...keinsafan bersarang di hati induk apabila melihat keadaan mereka...tidak dapat rasanya untuk induk mengulas dengan lebih panjang lagi kerana induk tahu ALLAH MAHA BERKUASA...dan moga rohnya dicucuri rahmat....al fatihah...amin..

No comments: