u folo me..sure i folo u .....

Friday, August 22, 2014

Celoteh 178 : Kunjungan raya rakan-rakan NPQEL 2014

pic 1

Tahun nie sambutan raya ala kadar saja. Seperti biasa hari pertama Induk berada di kampung. Bersama adik beradik menyediakan juadah2 hari raya sambil mengunjungi rumah ibu saudara dan bapa saudara, adik beradik mak dan abah Induk. Tahun nie pengunjung rumah pusaka kami agar berkurangan… tahun ke dua pemergiaan arwah bonda..semasa arwah bonda ada, kami tidak menang tangan..rumah pusaka kami sentiasa dikunjungi oleh rakan2 bonda,anak2 angkat beliau, sedara mara jauh dan dekat kerana arwah bonda memang ramai kenalan. ( Al Fatihah buat bonda ) Oppsss…sorry geng..ingat arwah bonda..air mata nie confirm keluar tanpa dipinta…

 

pic 2

 

Kunjungan rakan-rakan ini tidak dirancang sebenarnya. Mereka tinggal di Hotel IAB. So kebetulan musim2 rayerr nie, mengeratkan lagi silaturahimm Induk pelawa dia orang datang ke rumah..menjejakkan kaki ke Teratak Nurani…di bumi “Ghombau Most Wanted”

 

pic 4

 

Tiada juadah istimewa yang dapat Induk sediakan dalam waktu yang terbatas. Harap rakan-rakan baru Induk ini bergembira dengan juadah kami, walaupun Induk tahu ikatan kemesraan itu yang penting sebenarnya. Jemput datang lagi ya kawan2…walaupun kita berpisah jauh selepas ini….

 

pic 3

 

Okehh…penutup cerita…gambar-gambar di atas menceritakan segala-galanya..jumpa lagi geng…

No comments: