u folo me..sure i folo u .....

Monday, April 2, 2012

Celoteh 150: Teratak Nurani-Ziarah Hujung Minggu

 

Entri kali nie sebenarnya lebih kepada anak-anak buah & sedara mara Induk yang berada di perantauan..ada yang rindu nak dengar cerita dari kampung.. so apalagi layannn…Pic yang kat bawah nie adalah antara beberapa episode yang dilalui pada hujung minggu lalu…

DSC_1231

Tiga beranak nie ..Wan Rahmah..Bonda Kiah & Pak Kori sedang berceloteh..Wan Rahmah & Pak Kori datang ke rumah melawat bonda Induk..Induk yang jadi pemerhati kadang2 sayu..sedih..& kadang2 tersenyum dengan gelagat dia orang..

DSC_1228

Sempat Induk mengusik dia orang ..posing2..nak masuk blog nih!!he..he..pic yang kat atas..wan yg seringkali ingat2 lupa dan suka bertanya berulangkali…dia dok dengar orang berbual..& alih2 dia dok tanya kat Induk..”Apo ceghito omak kau ngan pak kori ekau tu..eden tak paham laa…eeee..wan nie..kan ko wan yg duduk berbughak sekali ngan dia orang..jawab Induk…ontah!!! x paham den apo bughak eh dooo…he..he..setakat nie..alhamdullilah wan kesayangan Induk nie masih sihat walaupun kita orang terpaksa bercerita dan menjawab pertanyaan dia berkali-kali…

DSC_1229

Bonda Kiah @ mak long …seperti biasa..kadang2 sihat..kadang2 x berapa nak sihat..bila adik2 dia datang melawat…ada ketikanya dia menangis teresak2 ..mungkin rindu nak berkumpul dan berbual dengan adik beradik dia…& baru2 nie bila seorang dari adik dia kembali ke rahmatullah..berhari2 dia menangis kesedihan…hu..hu.

DSC_1230

Pak Kori…pada kunjungannya kali ini memberi nasihat yang agak menyentuh perasaan..katanya..baru2 nie bila dia pergi mendengar ceramah dari seorang Tuan Sheikh…perkara yg paling afdal dalam bab ziarah..adalah menziarahi saudara mara & adik beradik..jangan buat sibuk hal sendiri saja..isk!isk! kene sebijik Induk kali nie..Pak Kori yang telah beberapa kali menjalani rawatan kemo kerana disahkan mengidap kanser..kelihatan sihat dan agak tabah…

Sebenarnya agak sukar untuk bercerita panjang berkaitan entry kali ini..buat saudara mara & anak2 buah diperantauan..jangan risau2..teruskan perjuangan..doa kami tetap untuk kalian semua…

Juga..Al Fatihah untuk semua yg terlebih dahulu meninggalkan kita…

1 comment:

Anonymous said...

Salam sdr,

Ingin bertanya dimana hendak mendapat kayu resak yg didlm entry belum ini. Sy nk buat pagar rumah guna kayu yg sama, insyallah.

terima kasih
Aman
013-3852515