Dua minggu lepas…program yg telah sekian lama dirancang bersama teman2 sekolah dahulu berjaya dilaksanakan…Alhamdullilah.. pertemuan semula antara kami setelah hampir 27 tahun membawa haluan masing2..nie semua angkara pesbok…he..he…. ada jugak elok nyer pesbok nie…
Bertemu semula selepas 27 tahun…
Di awal perancangan ..Induk yg dilantik menjadi S/U oleh rakan2..mula sibuk…mencari rakan2..memujuk rayu …meracun mereka agar dpt hadir…mengumpul dana… ( tqvm pd yg bermurah hati ) serta menyediakan cenderamata utk cabutan bertuah..dan hadiah sukaneka…Sehingga hari ini Induk rasa terharu dengan sokongan dan kerjasama padu yg diberi oleh rakan2…Kalau masa sekolah dulu kami selalu berkongsi…berebut air..jajan2 serta makanan…sehingga kini setelah 27 tahun…Induk dapat rasakan rakan2 Induk nie ..masih seperti dulu…bila Induk maklumkan bahawa Induk perlukan sumbangan tambahan….tanpa banyak soal…tau2 dalam account Induk dah bertambah jer…tqvm geng…korang memang best…
Sempat laie buat Rojak Buah tu…
Pertemuan ini diadakan di Air Keroh D’Village…di awal pertemuan…gegak gempita jugak lobi resort tu kami kerjakan…ada yg tersipu2..ada yg terpingga-pingga…ada yg termalu-malu..ahaksss…& ada yg tergelak besar…bukan apa…membayang dan membandingkan rupa & wajah masing2 masa sekolah dulu…he..he…he.. Bagi pihak Induk pula…dalam ramai2 tu..sehingga ini pun ada 2 – 3 orang yg Induk x dapat ingat wajah dia org time sekolah dulu…sorry geng…tp kami masih boleh layannnnn…
Acara “ Siapa Paling Panjang”
Untuk memeriahkan lagi suasana..dan mengembalikan nostalgia dan menghilangkan rasa malu2…he..he..petang tersebut sempat kami mengadakan beberapa acara SUKANEKA…rakan2 Induk & family dia org nie memang sporting habiss…korang tgok la pic yg Induk masukkan nie…ibu2..bapak2..anak2…saling bekerjasama utk memenangi acara….tq jugak kepada isteri2..suami2..& anak2 yg mengiringi ahli keluarga serta bersama2 memeriahkan program ini…
Acara “ Cari Gula2 Dlm Tepung “
Mmm…dalam usia sebegini..Induk tgok ramai jugak rakan2 Induk nie yg agak semput kami kerjakan …..almaklum dlm usia dah menghampiri 44 tahun nie…kene berlari ke sana kemari…he..he..he..Bak kata dia orang..masa sekolah dulu pun x de acara macam nie…bila dah tua nie baru dapat baring2 & golek2 kat padang…..x pe geng….apa2 pun…walaupun size dah berubah….korang masih cun & handsome laie….
Acara Boling / Lempar Kelapa
Alhamdullilah…. daripada 20 family yg “mengconfirmkan” kehadiran mereka….disaat akhir… kami dapat mengumpulkan 32 family…Penutup bicara…tq kengkawan….tq…segala-galanya tidak dapat Induk ungkapkan dengan kata2…Kenangan masa sekolah…di zaman kanak2…di zaman awal remaja kita….masih erat tersimpan dalam lipatan sanubari ini…
Big family SEMENDA 84
2 comments:
salam dear..ira kagum ngn ur blog...lg2 yg perpustakaan dlm umh tu...superb...! gud job dear..keep it up ur great work!
tq Ira...x de apa yg menarik..saja suka2..
Post a Comment