ALHAMDULLILAH….Induk percaya..mulai petang tadi..sume ahli keluarga yg
mempunyai kaum kerabat di Mesir mula berasa lega…(walaupun masih
berdebar2 @cemas menanti ahli keluarga masing2)..Line internet & phone
pun dah ok..bila Induk buka fb tadi…dah boleh on9 dengan anak buah
Induk..dan berita mutakhir dari SUMBER BERNAMA nie membuatkan Induk
agak teruja…dengan kerjasama sykt penerbangan AIR ASIA ..MAS..TUDM ..
mungkin proses membawa rakyat Malysia keluar dari Mesir akan bertambah
lancar …Insya”allah..
SEPANG: Syarikat penerbangan AirAsia akan menyediakan pesawat A340 dan A330 bagi membawa pulang warga Malaysia ke tanah air dari Jeddah, Arab Saudi.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Kamaruddin Meranun, berkata setiap pesawat boleh memuatkan kira-kira 300 penumpang pada satu-satu masa.
"Syarikat penerbangan itu juga telah menyediakan pesawat A320 dengan kapasiti 180 penumpang sebagai 'shuttle' dari Kaherah ke Jeddah," katanya.
Kamaruddin berkata, pesawat A320 akan berulang alik selama empat kali sehari bagi memindahkan warga Malaysia ke Jeddah, tempat transit sementara sebelum warga Malaysia dibawa pulang ke tanah air.
Kamaruddin bercakap kepada media sebelum berlepas ke Mesir dengan menaiki pesawat A320 itu bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail; dan Ketua Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Terdapat lebih 11,000 warga Malaysia di Mesir yang rata-ratanya adalah penuntut kini dilaporkan terperangkap berikutan pergolakan yang sedang berlaku di negara itu.
Nak tau lebih lanjut…korang layari
No comments:
Post a Comment