u folo me..sure i folo u .....

Sunday, June 20, 2010

Celoteh 59 : Majlis Penutup SUKMA 2010 di Melaka

 

Minggu nie Induk & family habiskan masa kami di Majlis Perasmian Penutupan SUKMA 2010 di Stadium Hang Jebat, Melaka….Kita orang tak rancang untuk ke Majlis nie tapi dek kerana termakan ajakan kengkawan…blogger gak kawan Induk nie…Acikkaw….http://acikkaw.blogspot.com. Kita orang gerak dari rumah jam 8.30 malam dan sampai kat stadium tu jam 9.30 malam…Sampai sana Induk tgok dah jem…penuh sesak…kena parking jauh dan menapak utk masuk ke stadium…hu..hu..jauh gak jalan…naik tangga stadium lagi…adeiiii!!!!!!

 

Masuk kat stadium….majlis perasmian penutupan belum mula lagi…..sempat ler Induk dengar Cik Dyg Norfaezah kita nyanyi 2 –3 lagu….sambil tu…Induk dok snap gambar sana sini….kat atas nie…gambar obor yang menyala sepanjang kejohanan berlangsung….

Meriah gak Induk tengok majlis penutupan nie…macam2 versi tarian ada…orang Melaka memang cukup pandai bab2 nie…majlis nyer pun tersusun dan teratur ….YAB Perdana Menteri kita pun turut sama hadir dlm majlis nie…

Tarian kat atas nie kalau x silap Induk …dari negeri Pahang coz SUKMA akan datang akan diadakan disana…

 

Juara SUKMA 2010……..negeri TERENGGANU….syabas dan tahniah kepada peserta-peserta dan orang GHANU atas kejayaan cemerlang korang!!!!

 

Masa nie kita orang dok layan pertunjukan bunga api…he..he…macam tak pernah tengok la pulakk ye…bukan apa saja memeriahkan majlis nie…

 

 

Nie salah satu gambar  bunga api yang sempat kita orang shot….sambil tu dpt jugak meningkatkan kemahiran fotografi…dok petik2 camera NIKON dengan lens 70-300……he..he…pic2 nie nanti Induk nak tunjuk kat sifu Induk…abg myram & abg poning……

Ribut sekejap apabila beratus-ratus belon jatuh kat seat kita orang….ha..ha…ha….

 

Induk bersama acik Induk  yang meracun kami untuk bersama2 family dia org bagi memeriahkan majlis nie….belon2 nie kami  dpt coz dia jatuh betul2 atas kepala kita orang….beratus2 pulak tu…he..he..he…sempat ler Induk jadi kanak2 sihat jap….

 

Anyway….tahniah kepada pentadbiran dan warga negeri Melaka yang bertungkus lumus dalam menjayakan SUKMA 2010 nie…korang memang best…& kita orang pulakkkk jam 2.30 pagi baru sampai rumah…..yg pasti malam minggu nie kita orang lalui dengan seribu keseronokkan…

No comments: