u folo me..sure i folo u .....

Friday, June 18, 2010

Celoteh 55 : Blogger2 …kita boleh menggoncang dunia!!!!!

 

KUALA LUMPUR - Kewujudan dua juta blogger membuktikan media massa di negara ini bebas menyiarkan pendapat dan kritikan masing-masing, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.


Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat, semalam, bahawa dengan perkembangan teknologi maklumat, peluang untuk mana-mana pihak bersuara dan memberikan pandangan masing-masing tidak pernah disekat kerajaan.


“Kita boleh lihat sekarang, media massa terutamanya media alternatif, perkembangannya semakin rancak dengan adanya perkhidmatan jalur lebar.Dilaporkan terdapat kira-kira dua juta blogger di negara ini yang bebas melaporkan pandangan mereka dan ini mencerminkan kebebasan media di negara ini,” katanya menjawab soalan Teng Boon Soon (BN-Tebrau) yang ingin tahu sama ada kebebasan media massa di negara ini masih terhad seperti yang dilaporkan kajian Freedom House dari Amerika Syarikat yang mendakwa media di Malaysia belum bebas.


Rais berkata, Malaysia kini mempunyai 76 akhbar harian termasuk milik pembangkang, 151 saluran televisyen satelit, sembilan saluran televisyen tidak berbayar (milik kerajaan dan swasta) dan 53 saluran radio.
“Ini tidak termasuk IPTV (Internet Protocol Television) yang sedikit masa lagi akan menjadi lumrah dengan adanya perkhidmatan jalur lebar,” katanya. - Bernama

 

Ulasan Induk :

Waa….blogger….x sangkakan???rupa2 nyer apa yang anda tulis menjadi perhatian semua…adakah kita sedang dipantau???teruskan perjuangan anda….he..he

4 comments:

IERA HAJERAH AZMAN said...

janji pandai jaga batas :)

I n n z said...

blogger pun tak terlepas dari tindakan undang2 jika entry2 berbaur 'panas'
hehe ;)

aMoR said...

juang3

IndukDen said...

Iera..Innz..betul laa..sama2 ler kita jaga batas2 semasa menuliskan!!!