u folo me..sure i folo u .....

Wednesday, May 19, 2010

Celoteh 42 : Pengalaman di Gua Niah, Sarawak

Saja nak kongsi dengan korang...tahun lepas induk berpeluang pergi ke Miri, Sarawak bersama rakan2 sekerja induk...salah satu tempat menarik yang kami kunjungi ialah Gua Niah, Sarawak...perjalanan ke gua nie agak santai tapi untuk kengkawan induk yg tak biasa treking...semput gak dia orang nie...korang tgok ler gambar dan info yg induk tulis nie...mana tau besok2 korang berpeluang ke sana lak!!!



Gua Niah di Sarawak adalah gua terbesar di Malaysia dan antara gua batu kapur terbesar di dunia. Terletak lebih kurang 110 km dari Bandaraya Miri (atau lebih kurang 2 jam memandu), Gua Niah menjanjikan keindahan hutan hujan tropika yang tidak tercemar kepada pengujung. Gua Niah diwartakan menjadi Taman Negara Niah pada tahun 1974 membabitkan kawasan hutan hujan tropika dan bukit batu kapur yang membentuk gua seluas 3,100 hektar. Penemuan rangka manusia (homo sapien) dipercayai berumur 40,000 tahun di kawasan pintu Gua Niah pada 1957 dan penemuan lukisan purba di Gua Kain Hitam membolehkan ia diwartakan sebagai Monumen Sejarah Negara pada 1958.



Untuk sampai ke Gua Niah tidaklah begitu mencabar kerana jambatan/pelantar kayu dibina sejauh 5 km sebagai laluan pejalan kaki kepada pengunjung. Namun keadaan yang teramat gelap gelita apabila sampai ke dalam gua memerlukan kita berwaspada dengan setiap langkah. Anda mungkin terjatuh disebabkan laluan yang licin dan teraba-raba dalam kegelapan. Perjalanan 10 km pergi balik untuk sampai ke Gua Niah daripada pintu masuk Taman Negara Niah juga memerlukan stamina. Bayaran RM10 dikenakan kepada setiap pengunjung untuk memasuki kompleks Taman Negara Niah ini.



Palang-palang kayu di bina bagi memudahkan mereka mengambil sarang burung layang-layang...di khabarkan juga...ada penduduk yg mati terhempas kerana jatuh ketika mengambil sarang burung layang-layang nie...



Induk bersama-sama rakan yg menyertai xpdc ini...sempat kami berkenalan dan bergambar bersama Harthono....pemegang rekod pelbagai aktiviti di Malaysia ( salah satu nya...berdiri di puncak Menara KL...)



Sempat gak induk snap gambar penduduk yang membawa tahi kelawar dari gua tersebut untuk dijadikan baja...mahal nie wei...



Selain Gua Niah, terdapat juga gua-gua lain dalam kompleks Taman Negara Niah iaitu Lobang Angus, Lobang Tulang, Gan Kira dan Kain Hitam. Beberapa penduduk tempatan suku Iban menjalankan perniagaan menjual cenderamata dan minuman selain aktiviti mencari sarang burung sepanjang laluan ke Gua Niah.

3 comments:

Unknown said...

Salam ngan kekawan dari Gua Niah...

shahrul mohamed said...

salam.. saya minta izin untuk copy gambar dalam ni boleh??

IndukDen said...

shahrul mohamed...silakan..u r welcome...