u folo me..sure i folo u .....

Friday, August 7, 2009

Celoteh 8 : Kuasa internet dan sms

Diam x diam sepanjang induk x berapa sihat itu hari...terlalu banyak perkhabaran dan berita yang induk dapat dan induk hendak ulas tetapi kesihatan induk x mengizinkan...jadi hari nie induk ambil masa sikit untuk mengulas perkhabaran dari rakan-rakan induk yang x berapa sedap didengar iaitu penyalahgunaan email...fotobook dan sms...Pada pendapat induk kecanggihan benda-benda ni memang sesuai jika tidak disalahgunakan tetapi telah menjadi sebaliknya apabila disalahguna oleh insan-insan yang mempunyai akal tetapi tidak pandai memanfaatkan anugerah ALLAH yang tidak ternilai ini...

Peristiwa 1...suami kepada rakan induk punya rakan mula belajar menggunakan facebook dan saling menghantar gambar dan berita melalui kenalan mayanya...pada awalnya dia selalu menceritakan siapa kenalan mayanya itu kepada si isteri..tetapi lama kelamaan dia semakin merahsiakan siapa kenalannya itu dan si isteri beranggapan si suami telah mula malas mengadap komputer dan dia pun x ambil kesah...nak jadi cerita...sejak itu perangai suami berubah sama sekali...menjadi pemarah dan pembengis...dan seringkali dilihat berbalas-balas sms dan hphone sentiasa dalam genggaman...rupa-rupanya dari suka-suka ...suami rakan induk nie telah jatuh cinta dengan rakan mayanya yang bermula dengan facebook...email...sms dan berbual melalui hphone...dan berita terkini yang induk dengar...dia telah menceraikan isterinya dan meninggalkan 5 anak dan telah berkahwin dengan rakan mayanya itu!!!!!dimanakah pertimbangan si suami????? dimanakah diletakkan akal fikirannya????sehingga kini induk masih memikirkan....hebatnya kuasa internet dan sms ni ya!!!nanti induk sambung lagi...

No comments: