u folo me..sure i folo u .....

Wednesday, December 12, 2012

Celoteh 168 : Orkid D’Laman Nurani– Rezeki 121212

 

 

DSC_7832

Hari ni ketika sedang bertugas di skolah tetiba dtg sorang staff kat bilik Induk..berbual2 tentang program masa cuti sekolah nie & hasilnya…” akak sdg mengemas2 rumah orkid…banyak nak buang..akak nak tinggalkan sepasu jer untuk satu jenis…kalau nak datang la umah akak…!!!!! pergh….tanpa berlengah dan tidak menghiraukan tugasan yg tidak siap..Induk dengan penuh selamba terus kemas2 barang & call geng Induk untuk ke rumah teman sekerja Induk nie..dan hasilnya….pic yg kat atas tu…hi..hi..tqvm Kak Izan..time kasih daun keladi..sebenarnya kawan Induk nie suruh ambil pasu2 yg kat umah dia termasuk pokok 2 keladi & kaktus dia..tp mengenangkan bonet kete rakan Induk dah penuh..so..hajat ditangguhkan pada lawatan yang akan datang..time kasih juga kepada Ustazah Noriati yg sudi menemankan Induk…kalau dah rezeki..x payah cari2 …dia datang sendiri…alhamdullilah..

Sunday, December 9, 2012

Celoteh 167 : Orkid D’Laman Nurani–Bulbo macranthum

 

Satu lagi orkid sp yang ada dalam koleksi Induk. Sudah lama ia  menjadi penghuni Laman Nurani.Kadang-kadang macam tak sangka plak rupa2nya orkid nie bermacam2 bentuk bunga ie..

bulbo macranthum 3

bulbo macranthum 2

bulbo macranthum

Masa dapat pokok nie Induk sedang busy sangat dengan urusan seharian..so masa mengikat tu Induk stapler jer kat tali pengikat kotak nie..& smpi skarang x tukar2 lagi..hi..hi..

ps: Di datangkan khas dari Kuantan..tqvm Anggerik Comey..

Thursday, December 6, 2012

Celoteh 166 : Orkid D’Laman Nurani - Bulbophyllum flabellum-veneris

 

Bulbophyllum flabellum-veneris (Pahang

Bulbophyllum flabellum-veneris (Pahang)2

Setelah hampir 2 bulan berada di bawah jagaan Induk…..  akhirnya berbunga jugak..kehadiran bunganya tidak Induk sedari..tau2 dah kembang..so x dpt ambil pic bagaimana bermula spikenya..di datangkan khas dari Pahang..tqvm pd sifu orkid Induk..PT Adnan Maarof & Ah Keong…

Wednesday, December 5, 2012

Celoteh 165 : Orkid D’Laman Nurani - Bulbophyllum corolliferum

 

First time berbunga dalam jagaan Induk dan kembang sepenuhnya pada 29112012 yanglepas. .mmm.. harap2 lepas nie berbunga lagi..coz ada jugak beberapa sp dlm jagaan Induk selepas berbunga terus ke syurga..hu..hu..

Bulbophyllum corolliferum var atropurpureum

DSC_7807

Bulbophyllum corolliferum var atropurpureum.jpg 2

Celoteh 164 : Orkid D’Laman Nurani - Rhynchostylis retusa

 

Berbulan jugak orkid nie berada di laman Induk. Di datangkan khas dari Kelantan setelah Induk melihat sendiri keunikkan bunganya di salah sebuah rumah geng orkid…dan akhirnya…perghhhh..puas hati giloss bila tengok bunga dia…

DSC_7625

DSC_7806

DSC_7804

Sunday, December 2, 2012

Celoteh 163: Ke Makam Bonda

 

cc9( Terimakasih kpd geng CC9 atas gambar di atas )

 

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

~Usman Awang

ps :

Sekian lama rasanya Induk tidak update blog ini..terlalu banyak yg ingin dikongsikan..tetapi kebelakangan ini..semangat utk menulis hilang sama sekali..dan malam ini Induk kumpulkan sedikit kekuatan untuk menulis n3 ini..itu pun sekadar copy & paste sajak dari sastrawan negara ini..

Bonda Induk telah kembali ke rahmatullah pada 2 Nov 2012 yg lepas bersamaan hari Jumaat setelah 8 hari berada di Wad 6 A Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Apa yg dapat Induk katakan..Allah Lebih Menyayangi Bonda Induk..hari ini hari ke 30 pemergian bonda…dan untuk kesekian kalinya tadi Induk mengunjungi pusara bonda bersama setangkai mawar yg dipetik dari Laman Nurani Induk...dalam hati..hanya Allah yang tahu betapa rindunya Induk pada Bonda..Ya Allah…”sayangilah bonda Induk sebagaimana kami menyayanginya..” Al-Fatihah …

Crying face!!!!!!!!………