u folo me..sure i folo u .....

Thursday, May 27, 2010

Celoteh 44: Kenangan di Bukit Tinggi, SUMBAR.Indonesia




Induk ingin kongsi kenangan nie dgn korang...pertama kali induk menjejakkan kali ke Bukit Tinggi, SUMBAR, Indonesia...Ketika tu..gempa bumi belum berlaku lagi..kalau la masa tu kita org ada kat sana...mmmm..tak tau ler apa nak buat...coz..hotel yang kita orang menginap kat Padang tu...mmg terlibat ngan gempa bumi...mesti masa tu..korang baca senarai nama jer kat surat khabar kot...




Ada sesuatu yang terkesan apabila induk berkunjung ke sana dahulu...yang menyebabkan induk mengunjungi buat kali kedua dan mungkin untuk kali seterusnya...pemandangannya yang indah dan suasana yang nyaman...dengan sawah padinya yg menghijau dan menguning...coz x ikut musim...dengan kerbau di tengah sawah...di latari pemandangan dari gunung...perh...membuatkan ayah induk yg turut menyertai rombongan kami..termenung seketika...mungkin terkenang suasana di kampung satu ketika dulu...



Pemandangan dari atas bukit, dimana terdapat perkampungan di bawahnya beserta dengan sawah padi.




Pemandangan di hadapan Hotel Bumi Minang tempat kami menginap..kunjungan kali kedua induk..melihat hotel ini tidak boleh didiami akibat gempa bumi..



Bergambar dihadapan hotel bersama pekerja-pekerjanya yang begitu peramah.



Peniaga-peniaga yang setia menunggu kami di hadapan hotel dengan barang perniagaan mereka...lebih murah...dan boleh ditawar lagi..



Bergambar kenangan bersama Pak Hanif yang begitu petah bercerita berkaitan dengan Pak Hamka..ketika kami mengunjungi teratak kelahiran Pak Hamka..kali pertama melalui Keluk 44 dan melihat keindahan Tasik Maninjau amat mengujakan sekali...sesuai ler pantun yang diberikan oleh Pak Hanif kepada kami...nak tau apa pantun nyer...korang layan ya..

Jika adik memakan pinang,
Makanlah dengan sirih yang hijau,
Jika adik datang ke Minang,
Jangan lupa datang ke Maninjau...

Mungkin kerana pantun ini la..yang membuatkan induk terasa untuk mengunjungi bumi Minang in untuk kesekian kalinya...

No comments: